Khamis, 10 Januari 2013

Elemen dalam Advance Joint Health tablet (AJHT)


AJHT terdiri daripada 3 elemen utama untuk mengurangkan ketidakselesaan sendi seperti ekstrak jagung, ekstrak boswellia dan vitamin C.

Ekstrak Boswellia meningkatkan keselesaan sendi :

Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.


Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Dalam perubatan ayurvedik, Boswellia digunakan untuk merawat osteoarthiritis & rheumathoid arthirithis

Ekstrak jagung (Glicosamina) :

Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.


Secara tidak langsung , Glikosamina yang terdapat dalam ekstrak jagung berfungsi untuk membekalkan pelincir dan membekalkan kusyen antara sendi-sendi.

Vitamin C :

Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Mineral-mineral lain seperti mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.


Yang paling penting, AJHT terdiri daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi. Inilah masanya untuk anda membantu diri anda sendiri dan ahli keluarga terdekat supaya sendi dalam keadaan sihat dan selesa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan