Memaparkan catatan dengan label Jantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jantung. Papar semua catatan

Selasa, 15 Oktober 2013

kolestrol oh kolestrol

Musim raya ni memang banyak makan daging..almaklum ramai yang bersedeqah daging qurban..daging qurban memang rasanya sedap dan lebih manis..dagingnya pun cepat empuk..mungkin hikmah berkorban di hari tasyrik. Namun makan daging tetap ada kesannya terutamanya kepada individu yang telah ada darah tinggi.

Antara kesan pengambilan daging ialah peningkatan kadar kolestrol. Kolestrol terdiri daripada dua jenis iaitu LDL dan HDL, yang perlu kita kawal ialah LDL kerana kolestrol jahat ini akan menyebabkan dinding arteri kita menjadi tersumbat iaitu dikenali sebagai plak. Plak yang berkumpul terlalu banyak akan menyempitkan aliran atau laluan darah maka jantung terpaksa bekerja keras dan menyebabkan tekanan darah akan meningkat. Lebih buruk lagi bila plak itu semakin banyak dan menyebab salur darah menjadi tersumbat, pada peringkat ini pesakit akan mendapat stroke.

Antara kaedah untuk mengurangkan kolestrol yang selalu kita dengar ialah mengamalkan minum air limau nipis tapi harus diingat bukan air limau nipis sejuk ye..tapi yang suam. Pengambilan air sejuk/ais juga melambatkan penghadaman dan menyebabkan pembentukkan lemak. Selain itu mengamalkan cara hidup sihat, mengurangkan pengambilan daging, banyakkan pengambilan fiber, sayur dan buah-buahan.

Shaklee juga menawarkan suplimen untuk kesihatan jantung anda..

Omega Guard – menurunkan LDL, melincirkan saluran darah, melancarkan peredaran darah, menghindar pembekuan darah dalam badan, mengekal tahap kesihatan triligserid

Vitamin C – mengekalkan keanjalan kapilari darah, menghalang pendarahan dalaman

Garlic – menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL

Vitamin E – melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat di dinding arteri

 Alfafa – untuk mensintesis lemak kerana alfafa merupakan makanan yang tinggi fiber untuk detox lemak melalui pembuangan najis.

Coq10 – merupakan pencetus tenaga paling penting dalam sel untuk membakar nutrient kepada tenaga. Tanpa Coq10 jantung tiada tenaga untuk mengepam darah keseluruh badan



Pilihan adalah banyak boleh ikut bajet masing-masing. Untuk konsultasi boleh berhubung dengan saya.


wassalam 

Ahad, 13 Oktober 2013

Hargailah jantung..

Fakta berkenaan jantung yang patut kita ketahui..

Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita

Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.
Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.


Jantung bukan hanya satu pam

Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.


      Volume Pengepam satu hari 

Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter

      Panjang saluran darah 


Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!


5.       Denyutannya jantung 

Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali seminit.


Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?


Tekanan pam jantung

Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.

Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.

Bila baca artikel ini memeng menggerunkan..berat sungguh fungsi jantung..bila usia meningkat semakin kuat ia bekerja..jadi tak dinafikan penyakit jantung menyumbang kadar kematian tertinggi di Malaysia.
Tunggu..post yang akan datang tentang bagaimana suplimen Shaklee membantu untuk memelihara jantung anda.

Wassalam