Memaparkan catatan dengan label Suplimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suplimen. Papar semua catatan

Rabu, 6 Februari 2013

Sintetik vs Neutral

Pilihan suplimen yang ada di pasaran sangatlah banyak tapi yang mana satu pilihan anda..sintetik atau neutral?  Pilihan yang terbaik mestilah yang neutral..

Mengapa semulajadi/natural?
  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik..
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.
Mengapa elakkan sintetik?
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sentetik.
Bagaimana mengenal SEMULAJADI atau SINTETIK?
  1. Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
  2. Melalui perkataan "ko-faktor" seperti "bioflavinoids" atau "biogradable",
  3. Melalui kehadiran pek "silika gel" dalam bekas- menandakan ianya sintetik.(jadi pastikan botol2 vitamin yg anda beli tiada silika gel)
  4. Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care
 


Pilihan ditangan anda, pastikan hanya yang terbaik untuk seisi keluarga..biasanya kita belikan vitamin untuk anak-anak so sanggup ke kita melabur untuk kesihatan anak tapi hanya untuk jangka masa pendek sahaja? Pilihan di tangan anda

kredit to mamafaiz.com

share the best only
mamafasya

Sabtu, 26 Januari 2013

Sumber vitamin untuk pesakit artiritis


Sambungan untuk artikel sebelum ini tentang arthritis dan vitamin. Actually arthritis patient memang perlu mengamalkan diet yang seimbang tanpa diet yang seimbang pesakit bukan sahaja mengalami radang yang semakin teruk malah perlu berulang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pergerakan pun dah terhad. So today nak discuss sumber-sumber vitamin yang perlu diperolehi oleh pesakit arthiritis.

Omega-3 : boleh didapati daripada kekacang, produk soya dan paling banyak omega-3 daripada salmon, tuna dan mackerel. Ikan-ikan laut dalam ini mempunyai sumber omega-3 yang banyak tapi risikonya ialah ikan-ikan ini mempunyai kandungan toksik merkuri yang tinggi. Tanpa kaedah penyulingan yang terbaik, logam-logam berat yang terdapat dalam ikan ini tidak dapat disingkirkan. Kuantiti hidangan yang dicadangkan untuk pesakit artiritis ialah 3 hidangan yang mempunyai omega-3.

Vitamin C : kebanyakkan buah-buahan mengandungi vitamin C tapi kandungan vitamin C yang banyak boleh diperolehi dari buah oren. Kandungan vitamin C dalam buah oren lebih kurang 70 mg vitamin C.  Kita selalu ingat buah oren yang muda dan masam mengandungi vitamin C yang banyak tapi sebenarnya buah yang tidak masak dengan ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Kandungan vitamin C dalam buah-buahan mudah musnah apabila terdedah dengan kepanasan.



Vitamin D : sumber yang mudah untuk memperolehi vitamin D adalah daripada cahaya matahari. Janganlah berjemur dari pagi sampai petang hanya untuk mendapatkan vitamin D...hihi sun burn melampau lak nanti. Kegiatan harian di luar rumah sudah memadai untuk mendapatkan vitamin D. Sumber daripada susu juga mengandungi vitamin D.

Vitamin E : antara sumber vitamin E adalah daripada minyak sayuran (sunflower,safflower dan soya) , kekacang (almonds, peanut), bijian ( biji sunflower), spinach dan broccoli. Pilihan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti brocholi, direbus dengan suhu yang rendah..ala separuh masak kerana vitamin ini mudah terurai dengan suhu yang tinggi. Kalau makan kekacang, berkolestrol tinggi pula..kadang-kadang bolehlah untuk topup vitamin E dalam badan kita. 

Vitamin B : vitamin B ada banyak jenis antaranya....as picture below J 

Tetapi untuk kes pesakit artiritis, kekurangan vitamin B6 antara punca penyakit ini semakin teruk. Sumber untuk vitamin B6 ialah...

Kalsium : sumber yang paling senang adalah susu. Audit sumber kalsium kita cukup atau tidak..check... sumber kalsium untuk dewasa adalah 1000mg, jika ibu menyusukan anak dan mengandung memerlukan 1200 mg kalsium..audit la cukup atau tidak J
Ok setakat ini sahaja..pilih cara pemakanan yang baik untuk mengekalkan kesihatan terutamanya jika anda telah didiagnose oleh doctor yang anda sakit. Kepada pesakit artiritis..kesakitan anda masih lagi boleh dikawal Cuma terpulang kepada tuan empunya badan..sama ada nak terus menderita or buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Salam ceria
Mama fasya

Khamis, 17 Januari 2013

Kenapa kita perlukan suplimen

1) Pencemaran alam sekitar
Kisah pencemaran ni memang dari saya darjah 6 selalu kena buat karangan pencemaran. Pencemaran air, udara, alam sekitar n bla..bla. Nowadays lagi menjadi2 ..nak hirup udara segar pun susah..sempat ke anak2 kita hirup udara segar nanti. Daripada pencemaran ni lah akan menghasilkan radikal bebas dan menyerap ke tubuh badan kita dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Tips sebelum masuk kereta pastikan udara yang terperangkap dalam kereta dikeluarkan terlebih dahulu sebelum mula memandu kerana dashboard yang panas akan mengewap dan membebaskan toksin yang terdiri daripada karsinogen. Sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan cancer.

2) Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.
Dos nutrien yang tinggi ni diperlukan apabila badan kita sakit, cthnya semasa batuk/selsema, badan kita perlukan vitamin C untuk recover. Pemulihan secara semulajadi. Jika ibu yang mengandung dan menyusu pun perlukan extra nutrien sebab untuk pembesaran bayi. 

3) Buah-Buahan dan sayuran yang mungkin tercemar.
Sesiapa di antara kita bole pastikan sayur/buah yang dibeli tidak tercemar. Dari mata kasar jika sayur/buah itu tiada langsung kesan gigitan serangga, memang sah sayur tersebut telah disembur dengan rcun serangga. Kesannya sudah pasti hanya dapat dikesan dalam jangka masa yang panjamg. Penggunaan baja kimia juga dah meluas. Nak pastikan semua sayur/buah itu organic kenalah tanam sendiri..tapi sempat ke..?

4) Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Fast foods, stress, tiada aktiviti fizikal merupakan kesan daripada cara hidup masa kini. Semua perlukan wang. semuanya perlu kerja dan kerja dari subuh sampai maghrib so bila nak riadah..bila tak riadah kita akan stress, tak tengok lagi orang yang stress dgn jam. Nowadays.. mana2 ada jam..semua orang pakai kereta. Stress akan menyebabkan vitamin B dan C akan musnah kerana vitamin ni sangatlah fragile. Dah masuk dalam perut pun badan masih tak boleh nak serap kerana stress. Bila dah stress dan letih untuk masak kita suap anak kita dengan fast food. So bagaimana kita nak dapatkan nutrisi yang lengkap..how?

5) Makan ikut selera 
Kita tau roti canai, nasi lemak dan teh tarik boleh menyumbangkan pelbagai penyakit tapi kita still nak makan sebabnya SEDAP ;) . Di tambah pula dengan fast food yang sedap. nyum nyum makan saja la. Bila dah dapat penyakit, semua dah kena pantang. 

6) Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
Pengambilan kafein merupakan salah satu punca gangguan penyerapan nutrien daripada makanan yang dimakan.

7) Kehilangan nutrien dalam makanan
Kita selalu masak menu yang pelbagai untuk ahli keluarga tapi kita kena pastikan masakan kita itu masak dan vitaminnya tidak musnah. Vitamin akan musnah dengan kepanasan. Vitamin C juga akan mudah teroksida dari memetik, penghantaran hinggalah pengilangan. So beware with cooking heat.

Rasulullah S.A.W yang berbunyi, ""Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami), so jaga lah perut untuk kebaikan rohani dan jasmani.