1. Mengepam / sesi penyusuan untuk setiap 3 jam
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
- Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
- Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
- Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Minum air sekurang-kurangnya 3 litre
- Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
3. Buat Tendem pumping
- Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
4. Buat teknik mermet selepas sesi mengepam
- Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
5. Meneruskan penyusuan malam
- Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
6. Mengambil suplimen
- Pengambilan suplimen untuk terus sihat dan menghasilkan susu berkualiti.
- Antara untuk ibu yang menyusukan anak ialah
- Multivitamin (Vita-Lea)
- B-Complex
- Vitamin C
- Alfafa (help to boost milk production)
- Energizing Soy Protein (mempercepatkan penghasilan susu)
- Ostemetrix (sumber kalsium)
- Omega Guard (sumber DHA)
- Pengambilan suplimen membantu penghasilan susu yang bernutrisi dan lengkap nutrisinya. Seorang ibu yang tidak mengamalkan diet yang seimbang seolah-olah mementingkan diri sendiri kerana apa yang ibu makan, anak pun akan mendapat khasiatnya, sikit atau banyak terpulang kepada kebijaksanaan ibu.
Lebih banyak tips akan dikongsikan lagi.
kredit to mommamia
Salam ceria
mama fasya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan