Jumaat, 25 Januari 2013

Arthiritis and vitamins

Arthiritis merupakan sakit sendi yang boleh menyerang semua peringkat umur. Sebelum kita melihat jenis-jenis penyakit arthiritis, kita tengok dulu keadaan sendi kita dalam keadaan normal.


Terdapat pelbagai jenis arthiritis iaitu :

  1. Osteoarthiritis - kesakitan sendi yang disebabkan hakisan pada cartilage. Disebabkan faktor proses penuaan.




  2.  Rheumatoid arthiritis - kesakitan sendi disebabkan synovial fluid yang berkurangan. Disebabkan faktor penuaan.


  3.  Infectious arthiritis - Kesakitan sendi yang disebabkan jangkitan bacteria yang masuk kedalam darah dan masuk ke kedalam tulang. Disebabkan jangkitan bakteria yang tidak dikawal seperti demam (bermula dari jangkitan tekak and etc, sebab tu suhu anak yg demam perlu dikawal untuk mengelakkan jangkitan bahagian lain yg lebih teruk)


  4. Juvenile rheumatoid arthritis - berlaku kepada kanak-kanak disebabkan auto-imun. imun sistem akan menyerang sistem sendi kanak-kanak tersebut. Disebabkan faktor genetik.


Kepada pesakit arthiritis..what ever types of arthiritis..selain daripada rawatan daripada doktor perlulah mengamalkan diet yang mengandungi vitamin-vitamin seperti berikut kerana vitamin-vitamin ini membantu memperlahan dan boleh juga mengawal kesakitan kerana arthiritis.

Omega-3 fatty acids – akan membentuk kusyen atau cecair antara 2 tulang. Membantu artiritis rheumatoid dan osteoarthiritis.

Vitamin C – merupakan elemen utama untuk pembentukan kolagen dan antioksida untuk radikal bebas. Kolagen penting untuk sendi manakala radikal bebas akan menyebabkan sendi semakin sakit.

Vitamin D – kebanyakan pesakit arthritis disebabkan kekurangan vitamin D. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium bagi tulang dan sendi. Vitamin D juga penting untuk pembentukan kolagen di sendi.

Vitamin E – fungsi vitamin E sama seperti vitamin C untuk antioksida radikal bebas daripada menyerang badan dan sendi-sendi kita.

Vitamin B – berfungsi untuk membantu pembentukkan protein dalam badan kita terutama untuk pembentukkan cartilage. Kebanyakkan pesakit arthiritis mengalami kekurangan vitamin B6.

Calcium – calcium memang dah sah untuk pembentukkan tulang. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kerapuhan tulang. Bayangkan tulang yang kekurangan cartilage yang bergesel bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah risiko untuk tulang pecah kerana geseran. Wanita yang melebihi 50 tahun perlukan kalsium sebanyak 1200 mg. Check balik orang tua kita cukup tak sumber kalsiumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan