Sabtu, 26 Januari 2013

Sumber vitamin untuk pesakit artiritis


Sambungan untuk artikel sebelum ini tentang arthritis dan vitamin. Actually arthritis patient memang perlu mengamalkan diet yang seimbang tanpa diet yang seimbang pesakit bukan sahaja mengalami radang yang semakin teruk malah perlu berulang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pergerakan pun dah terhad. So today nak discuss sumber-sumber vitamin yang perlu diperolehi oleh pesakit arthiritis.

Omega-3 : boleh didapati daripada kekacang, produk soya dan paling banyak omega-3 daripada salmon, tuna dan mackerel. Ikan-ikan laut dalam ini mempunyai sumber omega-3 yang banyak tapi risikonya ialah ikan-ikan ini mempunyai kandungan toksik merkuri yang tinggi. Tanpa kaedah penyulingan yang terbaik, logam-logam berat yang terdapat dalam ikan ini tidak dapat disingkirkan. Kuantiti hidangan yang dicadangkan untuk pesakit artiritis ialah 3 hidangan yang mempunyai omega-3.

Vitamin C : kebanyakkan buah-buahan mengandungi vitamin C tapi kandungan vitamin C yang banyak boleh diperolehi dari buah oren. Kandungan vitamin C dalam buah oren lebih kurang 70 mg vitamin C.  Kita selalu ingat buah oren yang muda dan masam mengandungi vitamin C yang banyak tapi sebenarnya buah yang tidak masak dengan ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Kandungan vitamin C dalam buah-buahan mudah musnah apabila terdedah dengan kepanasan.



Vitamin D : sumber yang mudah untuk memperolehi vitamin D adalah daripada cahaya matahari. Janganlah berjemur dari pagi sampai petang hanya untuk mendapatkan vitamin D...hihi sun burn melampau lak nanti. Kegiatan harian di luar rumah sudah memadai untuk mendapatkan vitamin D. Sumber daripada susu juga mengandungi vitamin D.

Vitamin E : antara sumber vitamin E adalah daripada minyak sayuran (sunflower,safflower dan soya) , kekacang (almonds, peanut), bijian ( biji sunflower), spinach dan broccoli. Pilihan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti brocholi, direbus dengan suhu yang rendah..ala separuh masak kerana vitamin ini mudah terurai dengan suhu yang tinggi. Kalau makan kekacang, berkolestrol tinggi pula..kadang-kadang bolehlah untuk topup vitamin E dalam badan kita. 

Vitamin B : vitamin B ada banyak jenis antaranya....as picture below

Tetapi untuk kes pesakit artiritis, kekurangan vitamin B6 antara punca penyakit ini semakin teruk. Sumber untuk vitamin B6 ialah...

Kalsium : sumber yang paling senang adalah susu. Audit sumber kalsium kita cukup atau tidak..check... sumber kalsium untuk dewasa adalah 1000mg, jika ibu menyusukan anak dan mengandung memerlukan 1200 mg kalsium..audit la cukup atau tidak J
Ok setakat ini sahaja..pilih cara pemakanan yang baik untuk mengekalkan kesihatan terutamanya jika anda telah didiagnose oleh doctor yang anda sakit. Kepada pesakit artiritis..kesakitan anda masih lagi boleh dikawal Cuma terpulang kepada tuan empunya badan..sama ada nak terus menderita or buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Salam ceria
Mama fasya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan