Khamis, 17 Januari 2013

Kenapa kita perlukan suplimen

1) Pencemaran alam sekitar
Kisah pencemaran ni memang dari saya darjah 6 selalu kena buat karangan pencemaran. Pencemaran air, udara, alam sekitar n bla..bla. Nowadays lagi menjadi2 ..nak hirup udara segar pun susah..sempat ke anak2 kita hirup udara segar nanti. Daripada pencemaran ni lah akan menghasilkan radikal bebas dan menyerap ke tubuh badan kita dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Tips sebelum masuk kereta pastikan udara yang terperangkap dalam kereta dikeluarkan terlebih dahulu sebelum mula memandu kerana dashboard yang panas akan mengewap dan membebaskan toksin yang terdiri daripada karsinogen. Sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan cancer.

2) Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.
Dos nutrien yang tinggi ni diperlukan apabila badan kita sakit, cthnya semasa batuk/selsema, badan kita perlukan vitamin C untuk recover. Pemulihan secara semulajadi. Jika ibu yang mengandung dan menyusu pun perlukan extra nutrien sebab untuk pembesaran bayi. 

3) Buah-Buahan dan sayuran yang mungkin tercemar.
Sesiapa di antara kita bole pastikan sayur/buah yang dibeli tidak tercemar. Dari mata kasar jika sayur/buah itu tiada langsung kesan gigitan serangga, memang sah sayur tersebut telah disembur dengan rcun serangga. Kesannya sudah pasti hanya dapat dikesan dalam jangka masa yang panjamg. Penggunaan baja kimia juga dah meluas. Nak pastikan semua sayur/buah itu organic kenalah tanam sendiri..tapi sempat ke..?

4) Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Fast foods, stress, tiada aktiviti fizikal merupakan kesan daripada cara hidup masa kini. Semua perlukan wang. semuanya perlu kerja dan kerja dari subuh sampai maghrib so bila nak riadah..bila tak riadah kita akan stress, tak tengok lagi orang yang stress dgn jam. Nowadays.. mana2 ada jam..semua orang pakai kereta. Stress akan menyebabkan vitamin B dan C akan musnah kerana vitamin ni sangatlah fragile. Dah masuk dalam perut pun badan masih tak boleh nak serap kerana stress. Bila dah stress dan letih untuk masak kita suap anak kita dengan fast food. So bagaimana kita nak dapatkan nutrisi yang lengkap..how?

5) Makan ikut selera 
Kita tau roti canai, nasi lemak dan teh tarik boleh menyumbangkan pelbagai penyakit tapi kita still nak makan sebabnya SEDAP ;) . Di tambah pula dengan fast food yang sedap. nyum nyum makan saja la. Bila dah dapat penyakit, semua dah kena pantang. 

6) Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
Pengambilan kafein merupakan salah satu punca gangguan penyerapan nutrien daripada makanan yang dimakan.

7) Kehilangan nutrien dalam makanan
Kita selalu masak menu yang pelbagai untuk ahli keluarga tapi kita kena pastikan masakan kita itu masak dan vitaminnya tidak musnah. Vitamin akan musnah dengan kepanasan. Vitamin C juga akan mudah teroksida dari memetik, penghantaran hinggalah pengilangan. So beware with cooking heat.

Rasulullah S.A.W yang berbunyi, ""Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami), so jaga lah perut untuk kebaikan rohani dan jasmani.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan