Perintah Allah yang perlu kita laksanakan sebagai seorang
ibu dan pengorbanan yang tiada tandingan. Pengorbanan inilah yang menjadikan “syurga
itu di bawah telapak kaki ibu” . Pengorbanan inilah yang Rasulullah kata kapada
sahabatnya supaya tidak pergi berjihad tetapi menjaga ibunya. Pengorbanan ini
juga yang Rasulullah suruh umatnya mengutamakan ibu lebih kepada
segala-galanya. Apakah pengorbanan itu ? sudah pastilah pengorbanan untuk
menyusukan anaknya sehingga usia anak 2 tahun dan mendidik anak. Seperti firman
Allah, iaitu
Para
ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang
ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan dengan menurut kadar kesanggupannya.
Janganlah
seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayahnya
kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian.
Apabila
keduanya ingin menyapih (sebelum 2 tahun) dengan kerelaan keduanya dan
musyarawatan, maka tidak ada dosa atas keduanya.
Dan
jika kamu ingin anakmu disusui oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu
apabila kamu memberikan pembayran menurut
yang patut.
Bertaqwalah
kpd Allah dan ketahuilah bhawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Al Baqarah :233
Anak saya yang sulung hanya sempat menyusu dengan mamanya
ini selama 3 minggu sahaja. Kelemahan saya ialah saya tak kuat semangat, ada
lagi factor-faktor luaran yang lain seperti baby keliru puting. Tapi semuanya
balik kepada diri mamanya sendiri. Memang saya cukup-cukup menyesal. Kesannya
anak saya yang sulung ni lemah antibody, boleh dikatakan setiap bulan pergi
buat lawatan ke klinik.
Lahir anak yang kedua, saya nekad untuk menyusukan
baby..whatever happen saya tetap berdegil untuk menyusukannya. 2 minggu yang
pertama memang mencabar tapi saya kuatkan semangat, Alhamdulillah kami dapat
menyesuaikan diri. Nak menyusukan anak pun kena ada skill yer. Masuk minggu
ketiga berpantang saya surf macamana untuk tingkatkan susu badan. Alhamdulillah
jumpa dengan blog pn. Alin Atan dan masa tu lah saya berkenalan dengan produk
Shaklee (masa tu tau set penyusuan sahaja..rupanya ada banyak lagi set untuk
kesihatan dan kecantikkan). Set ini memang banyak membantu menyihatkan saya,
membanyakkan susu badan dan repaired va**na. Saya memang tak ambil sebarang
jamu kerana farhana kena pro-long jaundice..sampai sekarang saya pun tak
ambil..membazir je beli jamu sebelum bersalin dulu.
Next post saya akan cerita lagi produk Shaklee untuk set
penyusuan&berpantang (2 in 1).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan