Bismillahirahmanirrahim..
Saya bermula dengan Shaklee dengan membeli trial pack (untuk
1 bulan). Selama 2 bulan saya mengorder trial pack, selepas tu saya beli yang
full pack. Antara trial pack dengan full pack..lebih untung beli yang full
pack..boleh tahan sehingga 4 bulan.
Antara kebaikan yang saya perolehi ialah :
-
Susu lebih pekat terutamanya selepas saya
mengambil ESP.
-
Anak lebih lena tidurnya.
-
Antibody anak lebih kuat. Alhamdulillah, memang
berbeza dengan kakaknya dari segi kesihatan.
-
Yang paling penting, saya dapat menyimpan stok
untuk bekalan selepas berpantang.
Permulaan, saya menggunakan vita-Lea, B-complex, Vitamin C
dan alfafa. Kemudian dah malas nak bancuh susu, saya mula mengorder ostemetrix.
Ostemetrix untuk membekalkan kalsium kepada tubuh badan. Antara perbezaan yang
nyata selepas mengambil ostemetrix ialah susu makin bertambah banyak,
sendi-sendi saya dah tidak berkeriut/berbunyi-bunyi dan bangun pagi pun lebih
mudah. Pada hal saya memang minum susu. In shaa Allah, saya akan cerita kenapa badan
mudah menyerap kalsium dengan mengambil ostemetrix.
Untuk melengkapkan lagi set penyusuan anak saya mengambil
ESP dan Omega Guard. Dengan mengambil ESP, anak saya lebih tidur lena dan susu
makin pekat. Saya mengambil omega Guard untuk keperluan DHA anak, malah abahnya
pun makan omega Guard untuk kesihatan jantung dan mengawal kolestrol.
Alhamdulillah, umur anak dah 1thn 5bln dan saya terus mengamalkan
full pack untuk breastfeeding set. Kenapa ? sebab saya hendakkan yang terbaik
untuk anak. Kita mungkin boleh menambah susu badan dengan menggunakan
herba-herba yang lain tapi dapatkah kita pastikan kualiti susu itu mempunyai
semua nutrient untuk keperluan pembesaran anak.
Orang tua kita selalu kata susu cair and bla..bla sampai unmotivated
jadinya kita so why not kita tunjuk pek Shaklee kepada orang tua supaya mereka
confident yang susu kita berkhasiat dan berkualiti. Kerana mereka percaya, apa
yang ibu makan itulah yang anak akan peroleh semasa penyusuan.
All the best kepada para ibu. Perjuangan harus diteruskan. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan