Jumaat, 18 Oktober 2013

Vita-Lea .. multivitamin Shaklee

assalamualaikum..

Hari ini untuk berkongsi kebaikan vita-Lea..

Kebaikan vita-Lea
  • Menambah tenaga, membantu kecergasan tubuh, membantu system memori dan focus
  • Pelengkap nutrisi harian kerana setiap tablet mengandungi 28 nutrisi harian lengkap yg diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin mineral penting so memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran dan membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone
  • Menjaga kesihatan tiroid
  • Membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan penuaan

Kenapa vita-Lea Shaklee pilihan saya untuk anda..

  • Mudah larut dalam tubuh manusia. Tablet Vita-Lea dihasilkan daripada teknologi eksplosif yang kompleks iaitu “Explo-tab”
  • Ujian klinikal menunjukkan pengambilan Vita-lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Vita-Lea telah dipilih oleh center for Science di US sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  dalam Public Interest pada tahun 2000
for info pm fasya Pd / wasup 0196757695





Selasa, 15 Oktober 2013

kolestrol oh kolestrol

Musim raya ni memang banyak makan daging..almaklum ramai yang bersedeqah daging qurban..daging qurban memang rasanya sedap dan lebih manis..dagingnya pun cepat empuk..mungkin hikmah berkorban di hari tasyrik. Namun makan daging tetap ada kesannya terutamanya kepada individu yang telah ada darah tinggi.

Antara kesan pengambilan daging ialah peningkatan kadar kolestrol. Kolestrol terdiri daripada dua jenis iaitu LDL dan HDL, yang perlu kita kawal ialah LDL kerana kolestrol jahat ini akan menyebabkan dinding arteri kita menjadi tersumbat iaitu dikenali sebagai plak. Plak yang berkumpul terlalu banyak akan menyempitkan aliran atau laluan darah maka jantung terpaksa bekerja keras dan menyebabkan tekanan darah akan meningkat. Lebih buruk lagi bila plak itu semakin banyak dan menyebab salur darah menjadi tersumbat, pada peringkat ini pesakit akan mendapat stroke.

Antara kaedah untuk mengurangkan kolestrol yang selalu kita dengar ialah mengamalkan minum air limau nipis tapi harus diingat bukan air limau nipis sejuk ye..tapi yang suam. Pengambilan air sejuk/ais juga melambatkan penghadaman dan menyebabkan pembentukkan lemak. Selain itu mengamalkan cara hidup sihat, mengurangkan pengambilan daging, banyakkan pengambilan fiber, sayur dan buah-buahan.

Shaklee juga menawarkan suplimen untuk kesihatan jantung anda..

Omega Guard – menurunkan LDL, melincirkan saluran darah, melancarkan peredaran darah, menghindar pembekuan darah dalam badan, mengekal tahap kesihatan triligserid

Vitamin C – mengekalkan keanjalan kapilari darah, menghalang pendarahan dalaman

Garlic – menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL

Vitamin E – melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat di dinding arteri

 Alfafa – untuk mensintesis lemak kerana alfafa merupakan makanan yang tinggi fiber untuk detox lemak melalui pembuangan najis.

Coq10 – merupakan pencetus tenaga paling penting dalam sel untuk membakar nutrient kepada tenaga. Tanpa Coq10 jantung tiada tenaga untuk mengepam darah keseluruh badan



Pilihan adalah banyak boleh ikut bajet masing-masing. Untuk konsultasi boleh berhubung dengan saya.


wassalam 

Isnin, 14 Oktober 2013

Radikal bebas punca penyakit kronik

Ramai yang beranggapan penyakit diabetes berpunca daripada pengambilan gula yang banyak sahaja tapi sebenarnya punca sebenar penyakit-penyakit kronik ialah berpunca daripada radikal bebas.

Radikal bebas ialah molekul yang kehilangan satu electron dan ianya tidak stabil. Untuk menstabilkan dirinya, ia akan mencuri electron dari sel tubuh lalu merosakkan sel tersebut dan mencetuskan satu rangkaian tindak balas dimana lebih banyak radikal bebas dibentuk.

Lama kelamaan, sel-sel tisu yang rosak dan mengalami perubahan struktur DNA akan menghasilkan sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, diabetes, katarak, arthiritis dan alzhameir.




Antara factor yang menyumbang pembentukkan radikal bebas dalam badan ialah
  • Pencemaran udara
  • Asap rokok
  • Stress
  • Pengambilan makanan yang tidak seimbang

Antara cara untuk mengurangkan radikal bebas dalam badan

  • mengambil makanan yang tinggi antioksida seperti peria, kunyit, halia dan daun kaduk setiap hari. Ini antara ulam-ulaman yang mudah kita dapati dari pasar tapi ada banyak lagi makanan yg tinggi antioksida.
  • bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu selama 20 minit.
  • mengambil makanan organic iaitu tiada racun, baja original, tidak terdiri daripada makanan GMO, tiada perasa / pewarna tiruan.

So tepuk dada Tanya minda..mampu ke kita mengelak radikal bebas jika kita tidak kembali dengan cara atok nenek kita dulu..makan sayur / ulam-ulaman yg tiada racun dan menggunakan baja original sperti ubi kayu, bekerja sambil bersenam seperti membajak sawah, hidup dalam udara yang segar seperti dikampung dan berlambat-lambat dengan menaiki kereta lembu dan tiada jam ?

Tentu jawapannya TIDAK. Kita sukakan pekerjaan dalam penghawa dingin, kita sukakan fast food sebab tak sempat nak masak sebelum masuk ofis kerana jam, kita tak sempat nak masak sebab keletihan di ofis so kita makan di kedai yang tiada kualiti cara masakannya.

Kesan radikal bebas bukanlah dapat dilihat pada jangka masa pendek tapi bila pada usia telah meningkat kerana makin banyak sel badan yang rosak. Namun Shaklee ada kaedah penyelesaiannya dengan pengambilan vitamin A atau C atau E atau complete suplimen seperti vivix.

In sha Allah akan saya kongsikan tentang suplimen-suplimen ini tapi untuk vivix, boleh klik sini.


Wassalam.  

Ahad, 13 Oktober 2013

Hargailah jantung..

Fakta berkenaan jantung yang patut kita ketahui..

Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita

Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.
Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.


Jantung bukan hanya satu pam

Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.


      Volume Pengepam satu hari 

Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter

      Panjang saluran darah 


Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!


5.       Denyutannya jantung 

Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali seminit.


Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?


Tekanan pam jantung

Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.

Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.

Bila baca artikel ini memeng menggerunkan..berat sungguh fungsi jantung..bila usia meningkat semakin kuat ia bekerja..jadi tak dinafikan penyakit jantung menyumbang kadar kematian tertinggi di Malaysia.
Tunggu..post yang akan datang tentang bagaimana suplimen Shaklee membantu untuk memelihara jantung anda.

Wassalam



Kenapa suplimen yang saya makan tidak berkesan ?

cara hidup sihat seperti penjagaan makanan dan juga riadah merupakan elemen penting untuk mengekalkan kesihatan. Namun pengambilan suplimen juga merupakan salah satu cara untuk melengkapkan pengambilan nutrisi kita. almaklumlah..persekitaran kita dah tercemar..tidur pun pakai aircond, keluar rumah asyik jerebu, air yang diminum berklorin, sayur dan buah dibaja dan diracun. Orang dulu-dulu, sentiasa sihat kerana sentiasa mengamalkan makanan organik. Jadi pengambilan suplimen yang semulajadi seperti Shaklee memang membantu untuk melengkapkan nutrisi harian kita. Namun pengambilan suplimen pun ada syarat-syaratnya supaya penyerapannya adalah optima. Antara perkara yang perlu kita lakukan bila mengambil suplimen ialah


1. Memperbanyakkan pengambilan air kosong.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Minima air ialah 2liter dan maksima ialah 3 liter. 

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

semoga panduan ini membantu kaedah pengambilan suplimen anda.